Thursday, March 24, 2011

Bersyukurlah..

keputusan SPM 2010 baru keluar 23 Mac 2011..Alhamdulillah, keputusan saya sederhana sahaja.. Sebenarnya apa-apa keputusan yang kita terima pun, kita hendaklah bersyukur.Alhamdulillah.Allah itu Maha Penyayang.

Walaupun Allah mentaqdirkan keputusan kita tidak cemerlang, tapi kita masih boleh membaca, berilmu, dan berkemampuan untuk belajar di sekolah rendah dan menengah..cuba lihat betapa ramai rakyat negara mundur yang buta huruf? di negara kita ini pun ramai juga anak- anak orang miskin yang tidak mampu bersekolah kerana ketiadaan wang.Kita, Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menuntut ilmu..Allah Maha Penyayang bukan?

walaupun keputusan kita kurang memuaskan, tapi kita masih punya keluarga yang menyayangi kita. kita masih punya tempat tinggal, negara yang aman,..dan kita masih diberi oksigen untuk bernafas..
cuba bayangkan jika kita berada di tempat anak-anak palestine, dalam keadaan yatim piatu, mereka belajar dalam keadaan takut.

kerana apa?

kerana di luar kelas manusia sedang berperang..Zionis yg tidak berperikemanusiaan itu sedang memburu umat Islam dan pembunuhan berlaku di mana-mana. Bila-bila sahaja sekolah mereka boleh terbakar diletupkan bom. Ya Allah, kasihannya mereka. Engkau tabahkanlan mereka dan bantulah perjuangan mereka ya Allah..


"result aku trok!!" seorang rakan sebaya saya kata di facebook.
saya pun tak tahu result dia tapi yang pasti, lebih dari 1a..Namun, itu menunjukkan yang dia kurang bersyukur akan taqdir Allah. Ada hikmahnya, Allah tangguhkan kejayaan kita. Allah tidak memberi kejayaan sekarang, tapi Insyaallah Allah bagi kemudian. Ataupun ini adalah satu bentuk ujian dariNya, untuk menguji bagaimana keimanan kita..Tapi saya tidak menyalahkan dia, sahabat sepertinya perlu dinasihat secara berhikmah,InsyaAllah dia mudah menerima kebenaran dan semoga dia mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah.

Ada seorang sahabat saya yang lain, dia berusaha bersungguh2, study smart dan juga bijak, tapi keputusannya biasa2 sahaja..Ramai juga kan orang macam tu..tidak mengapa, sahabatku, bersabarlah.Janganlah kecewa, Allah menangguhkan kejayaanmu, yang penting, ingatlah pada Allah selalu..dan jangan mudah putus asa, kerana Allah tidak suka orang yg berputus asa. La tahzan, innallah ma'ana. jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.


Walau apapun, keputusan SPM ini bukanlah perkara terpenting dalam hidup. Nanti bila dah masuk Matrikulasi, maktab, kolej atau Asasi,SPM dah tak dikira dah, jadi buatlah yang terbaik.. Ada pelbagai cara lain untuk kita berjaya yg Allah dah susun aturkan.Bertakwalah kepada Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan urusan kita di dunia ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan untuk guru-guru SMKASAS yang telah banyak membantu saya, dan juga kepada ibu bapa dan adik-beradik yang menggalakkan dan membantu saya juga. Alhamdulillah, Segala puji bagiMu ya Allah. :)

No comments: