Monday, February 21, 2011

kenapa matahari?

Why the sun? Aku suka matahari. Aku ingin menjadi sepertinya. Matahari dicipta oleh Allah untuk menerangi seluruh pelusuk alam ini. Cahayanya tidak pernah malap, setiap hari istiqamah dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasannya memancarkan cahaya dan mengeluarkan haba untuk kehidupan di alam ini. Bukan sahaja untuk Bumi, malah untuk 9 planet yang mengelilinginya dalam orbit masing-masing termasuklah bumi. Subhanallah..


Tanpa matahari, tidak mungkin kita dapat meneruskan kehidupan kita, ia tetap memancarkan cahayanya dan memanaskan bumi walau manusia sering mengeluh dengan kepanasan serta kelengasan haba darinya, ia tetap berdiri teguh berbakti kepada alam. Cahaya matahari hanya malap apabila kiamat. Cuba kita perhatikan matahari, adakah kita ingin menjadi sepertinya?bersungguh-sungguh dan tabah hadapi kritikan...

Monday, February 7, 2011

ahlan wasahlan

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan izin Allah, aku dianugerahkan oleh Allah kesihatan dan kekuatan untuk menulis sedikit muqaddimah(permulaan) bagi blog ini. Ahlan wa sahlan(selamat datang) kepada kamu. yang pertamanya,aku menulis catatan ini hanya untuk mendapat keredhaan-Nya, dan juga bagi mengisi masa lapangku. Aku seorang hamba Allah, dan juga khalifah di muka bumi ini.'manusia' maksudnya dalam bahasa arab ialah orang yang lupa.oleh itu, kita sentiasa memerlukan tazkirah(peringatan) dan saling menasihati supaya kita tidak terlalu leka dibuai arus duniawi. Marilah kita bersama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang baik, insyaAllah..