Monday, February 21, 2011

kenapa matahari?

Why the sun? Aku suka matahari. Aku ingin menjadi sepertinya. Matahari dicipta oleh Allah untuk menerangi seluruh pelusuk alam ini. Cahayanya tidak pernah malap, setiap hari istiqamah dan bersungguh-sungguh menjalankan tugasannya memancarkan cahaya dan mengeluarkan haba untuk kehidupan di alam ini. Bukan sahaja untuk Bumi, malah untuk 9 planet yang mengelilinginya dalam orbit masing-masing termasuklah bumi. Subhanallah..


Tanpa matahari, tidak mungkin kita dapat meneruskan kehidupan kita, ia tetap memancarkan cahayanya dan memanaskan bumi walau manusia sering mengeluh dengan kepanasan serta kelengasan haba darinya, ia tetap berdiri teguh berbakti kepada alam. Cahaya matahari hanya malap apabila kiamat. Cuba kita perhatikan matahari, adakah kita ingin menjadi sepertinya?bersungguh-sungguh dan tabah hadapi kritikan...

3 comments:

Unknown said...

hehe. nama blog pun matahari

Khairunnisa Azman said...

memang la..tak tahu nak letak apa, so that's why matahari.

Unknown said...

blog soleh pun matahari, tapi mentari senja. Nasib baik blog yong title dia 'a time to talk - tajuk poem robert frost. hehe, xpe the name doesn't matter, what matters is the content.
Yong sibuk, huhu takda masa nak update blog. sebab nak tulis, tulis betul-betul.