Winter days in Glasgow, Scotland 2002
" Macam mana nak jadi baik?" tanya Minn Edina kepada Jasmin, dalam salah satu buku hlovate.
"urm...pengislahan diri?"
"pengislahan tu apa?" tanya Minn lagi.
" Islah tu maksud dia secara kasarnya 'baiki', so pengislahan tu akan jadi 'pembaikan' la.
dan dalam hal ni kita kena define 'baik' tu dulu."
"so, apa definition of 'baik' tu?"
"definition of 'baik' tu mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah itu 'baik'.
- iaitu apabila kita buat apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang, amar makruf nahi mungkar.
tapi selagi ada benda yang kita belum settle, kira tak cukup 'baik' lagi. surah al-Baqarah, ayat 208. "Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sungguh ia musuh yang nyata bagimu".
-masuklah islam secara total, kalau untuk muslimah macam kita ni, nak contoh mudah kita ambil isu aurat la.
ada orang kata biar la tak pakai tudung pun, janji solat cukup 5 waktu sehari semalam. Sebab ada je orang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan, buat maksiat. Kebanyakan orang salah faham kat sini la"
"Sebab anggap Islam tu cukup je sekadar dengan solat?" Minn minta kepastian
Jasmin mengangguk."Betul, solat tu tiang agama. Tapi islam tu bukan hanya tertegak pada solat je. Apabila Allah sebut dalam ayat 'masuklah ke dalam Islam secara kesuluruhan' tu, maksudnya memang kena settle daripada segala benda la.solat, aurat, muamalat...."
"oh, kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi..."Minn membuat kesimpulan
"dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi..." sambung Jasmin. "Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun tak kira cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher,nampak anak rambut. tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu."
" it's not about buat balik dulu or pakai tudung dulu. It's about masuk ke dalam Islam secara total,then THAT is 'baik'."
"hmm.."Minn melepas nafas perlahan dengan senyum tawar."tapi tu la, definisi 'baik' di Malaysia, lain. sebab definisi tu dibentuk oleh masyarakat keliling. Biasanya kita kat Malaysia akan label baik tu apabila... say.. a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stoking siap. That's 'baik' for Malaysian standard. Kira cukup baik la tu. Alim, kata orang kita.
Tapi kena tengok balik. Pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tak? kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke lounge, pergi cinema, pergi concert, adakah boleh bawak lesen 'baik' tu lagi?
Minn mula faham maksud 'baik' itu..
INI adalah sedikit perbualan antara muslimat,yang saya ambil dari novel VERSUS, hlovate.i like it, that's why i retype it in here.Discussion dia orang tu mase di Australia.Biasanya orang mula menghargai kemuliaan Islam apabila berada dalam golongan minoriti masyarakat Islam. wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment