Tuesday, July 3, 2012

Tekad~ Shoutul Harakah

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi...

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi...

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi...





-ni lirik lagu dari kumpulan Shoutul Harakah, Indonesia. Aku suka lagu2 mereka, mengenai perjuangan Islam. Lgu Tekad ni aku paling suka, banyak kenangan bersama lagu ni :)

Aku & Asper

Tup tap tup tap sudah setahun berlalu.Kini aku berada di rumah, cuti semester dipenuhi program-program dan buku-buku agama yg tak habis habis, yg perlu dibaca dan dihadamkan, insyaAllah.(Macam la banyak sangat buku yang aku dah baca, tapi tidak mengapa, aku berusaha untuk membacanya). Imam Hassan al-Banna pernah berkata, "kewajipan yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada". Fikir-fikirkan la ye.

Setahun belajar di Pusat Asasi Sains Pertanian ibarat satu bulan, sekejap sangat. Namun, ilmu dan pengalaman yang aku perolehi, masyaAllah, Alhamdulillah. Sangat bersyukur Allah meletakkan aku di UPM. Apa yang seronoknya di UPM ni, ada PMIUPM. Persatuan Mahasiswa Islam, macam agama2 lain, Islam juga ada persatuannya di mana kita bersatu atas dasar aqidah yang sama, La ila ha illallah.

Melalui PMIUPM ini juga, ku kenali usrah yang sebenarnya.Selama ini aku ikut usrah juga di asrama ku, tapi entah mengapa aku tidak pernah menghargai usrah tersebut atau merasakan yang ia adalah sebuah usrah, family.Tapi usrah melalui PMIUPM ini sangat best, cool dan aku menghargainya. terima kasih kepada kak naqibahku.Terima kasih juga kepada sahabat2 yg sentiasa ada di waktu susah dan senang.Uhibbukum fillah.


ASPER pula ialah Asasi Sains Pertanian di UPM.Aku generasi ke7. warga Asper ada 329 orang student. Tapi kini Asper batch 8 meningkat 600+..nampaknya Asper semakin berkembang. :)
Terdapat 8 kumpulan kuliah batch aku, dan aku ditempatkan di kuliah 6, satu-satunya kumpulan yang semua perempuan, semua Islam. 'Flowers in the Garden' kata mereka.huhu.

Pada awalnya, aku kira sains pertanian ada apa, adakah mencangkul, bertani, menanam dan sebagainya? terus ku sangka tak best, pertanian..Rupa-rupanya sangkaan ku salah, mana ada belajar pertanian je, Asasi Sains Pertanian belajar subjek lain juga, Biology, Chemistry, Physic, Maths, dan English..cuma ada penambahan subjek Agriculture je. Dan pertanian amat menyeronokkan, aku masih teringat sewaktu di Sem 1 kami menanam biji tembikai, menanam pokok-pokok lain, amali sem 1 la yg paling best.. Sem 2 pula belajar ttg makanan.terliur tengok makanan jekat slide lecturer.huhu.sem 3 ttg keusahawanan (^^,)



Tuesday, September 13, 2011

UPM Serdang

                                                           a cute little rabbit~cantiknya ciptaan Tuhan

       I am home now, but just for a week, a semester holiday.It's good to be home, after weeks of studying. I am now studying Science Agriculture Foundation, in Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

     The subjects I am learning is similar to those in matriculations, only that I have an agriculture subject. Other subjects are Physics, Biology, Chemistry, Mathematics and English. Next week I will start on my second semester in UPM. Well, it wasn't too bad living in a university, but I do feel homesick at first.

      I felt really lonely because I'm not that good in making friends with others, it's hard for me. Lucky my family keep giving me useful advices, telling me that sometimes we have to sacrifice for the sake of studying.
I saw around me, the students, all have their own group, but me, I don't belong to any group.. Girls always walk in twos or threes or more, but I walk alone, I don't know why, it seems too difficult to choose a friend.
Hal ini kerana saya sangat memilih.huhu. That's why. Then my best friend, Malina now in matriculation Pahang told me, " Nisa, jangan terlalu memilih kawan, just be friends with everybody, asalkan jangan terpengaruh dengan perkara buruk." Then I start making friends. Alhamdulillah now I've got quite a lot of friends. One thing that make me feel better was, when the first time I met my senior, kak Aqilah Mukhtar and her PMI friends, who cheered me up.

Friday, April 1, 2011

hlovate's book >remind me of UK..

hlovate..your books are great, i love the way you write :)

5 tahun 5 bulan.Itu adalah angka masa Johanna pergi sambung belajar di Aberdeen, UK. Johanna;Jo. She's a medical student, studying in University of Aberdeen, in Scotland, United Kingdom. She's good at cooking and bersikap selamba too. She's not girlish, like most girls do. And, she hates pinky fluffy girlish stuff, just like me.haha. She's a good muslim, jaga solat and pakai tudung, sometimes qiyam in the night, and obeys Allah.

The best part is, as she studied in Aberdeen, hlovate mentioned some other stuff that relates to Scotland. Like liDL, a shopping market where there's lots of Malaysian food. It reminds me to a few years ago, when i was in Glasgow, we used to go shopping there and i can't stop liking it's keropok pedas perisa tomato :)

Then there's butterscotch, Loch Ness lake, Heathrow Airport, car-boot sale; where we bought all of our Enid Blyton books, toys and some other things to make our house full like the Weasleys, barang yang dijual di situ semuanya second-hand, so memang amatlah murah compared to the new ones.

Ada juga hlovate sebut pasal Veritaserum; a potion used in Harry Potter, to force someone tell the truth.ha! see, hlovate reads Harry Potter. My favourite too; the best book ever.

There's something i won't forget.hlovate says; " All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us.Tidak percaya, tengok dia punya terjemahan. If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away. Ayat memujuk sebagaimana dalam al-Insyirah and ad-Dhuha. Sooth you any time. Sweet!"...

In her Versus book, I like what Sun said to Minn; "You will never reach perfection because there's always room for improvement. Yet along the way to perfection you will learn to get better" =)

Thanks hlovate! you make me enjoy reading novels.he~. and thanks to Wani, my cousin who lend me her book, 5 tahun 5 bulan.(^-^) May Allah bless..

Thursday, March 24, 2011

Bersyukurlah..

keputusan SPM 2010 baru keluar 23 Mac 2011..Alhamdulillah, keputusan saya sederhana sahaja.. Sebenarnya apa-apa keputusan yang kita terima pun, kita hendaklah bersyukur.Alhamdulillah.Allah itu Maha Penyayang.

Walaupun Allah mentaqdirkan keputusan kita tidak cemerlang, tapi kita masih boleh membaca, berilmu, dan berkemampuan untuk belajar di sekolah rendah dan menengah..cuba lihat betapa ramai rakyat negara mundur yang buta huruf? di negara kita ini pun ramai juga anak- anak orang miskin yang tidak mampu bersekolah kerana ketiadaan wang.Kita, Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menuntut ilmu..Allah Maha Penyayang bukan?

walaupun keputusan kita kurang memuaskan, tapi kita masih punya keluarga yang menyayangi kita. kita masih punya tempat tinggal, negara yang aman,..dan kita masih diberi oksigen untuk bernafas..
cuba bayangkan jika kita berada di tempat anak-anak palestine, dalam keadaan yatim piatu, mereka belajar dalam keadaan takut.

kerana apa?

kerana di luar kelas manusia sedang berperang..Zionis yg tidak berperikemanusiaan itu sedang memburu umat Islam dan pembunuhan berlaku di mana-mana. Bila-bila sahaja sekolah mereka boleh terbakar diletupkan bom. Ya Allah, kasihannya mereka. Engkau tabahkanlan mereka dan bantulah perjuangan mereka ya Allah..


"result aku trok!!" seorang rakan sebaya saya kata di facebook.
saya pun tak tahu result dia tapi yang pasti, lebih dari 1a..Namun, itu menunjukkan yang dia kurang bersyukur akan taqdir Allah. Ada hikmahnya, Allah tangguhkan kejayaan kita. Allah tidak memberi kejayaan sekarang, tapi Insyaallah Allah bagi kemudian. Ataupun ini adalah satu bentuk ujian dariNya, untuk menguji bagaimana keimanan kita..Tapi saya tidak menyalahkan dia, sahabat sepertinya perlu dinasihat secara berhikmah,InsyaAllah dia mudah menerima kebenaran dan semoga dia mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah.

Ada seorang sahabat saya yang lain, dia berusaha bersungguh2, study smart dan juga bijak, tapi keputusannya biasa2 sahaja..Ramai juga kan orang macam tu..tidak mengapa, sahabatku, bersabarlah.Janganlah kecewa, Allah menangguhkan kejayaanmu, yang penting, ingatlah pada Allah selalu..dan jangan mudah putus asa, kerana Allah tidak suka orang yg berputus asa. La tahzan, innallah ma'ana. jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.


Walau apapun, keputusan SPM ini bukanlah perkara terpenting dalam hidup. Nanti bila dah masuk Matrikulasi, maktab, kolej atau Asasi,SPM dah tak dikira dah, jadi buatlah yang terbaik.. Ada pelbagai cara lain untuk kita berjaya yg Allah dah susun aturkan.Bertakwalah kepada Allah, insyaAllah Dia akan permudahkan urusan kita di dunia ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan untuk guru-guru SMKASAS yang telah banyak membantu saya, dan juga kepada ibu bapa dan adik-beradik yang menggalakkan dan membantu saya juga. Alhamdulillah, Segala puji bagiMu ya Allah. :)

Monday, March 7, 2011

Solat Berjemaah Satu Tuntutan

Petikan ini diambil dari website Solat Cara Nabi SAW

Solat Berjamaah Satu Tuntutan

Solat berjemaah pada masa kini  didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja  seperti solat jumaat dan hari raya.  Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting?

Kepentingan solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh kita semua  umat Islam, sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah dan disebut sebagai tiang agama.

Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu hakikat yang amat menyedihkan hari ini.

Solat berjemaah pada masa kini  didalam masyarakat kita hanya dijadikan sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja  seperti solat jumaat dan hari raya.  Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting? Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT,
sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.
Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas,  ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.

Dalam ayat lain menjelaskan  bertapa dituntutnya solat berjemaah   sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya. Perkara ini boleh dilihat  dalam surah an-Nisaa ayat  102  Firman Nya :
Maksudnya: dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.

Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu  dalam masa  peperangan dituntut  supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai  adalah lebih dituntut dan diutamakan.

Tuntutan solat fardhu lima waktu secara berjemaah ini adalah  sunnah Nabi SAW yang sewajibnya kita sambut dan ikuti bukan hanya menyambut hari kelahiran Baginda SAW  setiap tahun sedangkan sunnahnya  tidak disambut dan diikuti. Malangnya, apa yang diperintah dan dituntut  oleh Rasul tidak diikuti dan diamalkan, malah  apa yang tidak diperintah pula yang dilakukan. Inilah yang mengundang musibah dan bala daripada Allah terhadap umat-umat yang terdahulu.

Nabi SAW  memberi ancaman yang keras terhadap kaum lelaki yang selalu meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja tanpa uzur  syarei, sebagaimana sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:
“Seberat-berat  solat ke atas golongan munafiq  ialah  solat `Isya’ dan  solat Subuh.  Jika mereka tahu  kelebihan  pada kedua-dua solat  tersebut,  tentu  mereka  akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).

Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara  berjemaah) dengan memerintah  seorang lelaki bersolat  (menjadi  imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan  keluar dengan sekumpulan lelaki  bersama seberkas  kayu  api  untuk mencari mereka yang tidak menunaikan solat  fardhu  (secara berjemaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka.”

Bertapa penting dan besar kedudukan  solat fardhu lima waktu secara berjemaah disisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud:  “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”

Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi   dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan   dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah.  Diantara perbezaan  seorang muslim yang sejati dan   munafik adalah pada solat mereka.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).

CUBA kita perhatikan, berapa ramai masyarakat Melayu Islam yang menjaga solatnya 5 waktu sehari semalam? Berapa ramai pula yang solat fardu secara berjemaah di rumah mahupun di tempat kerja / belajar? Bayangkan, di dalam sebuah rumah milik sebuah keluarga yang besar; ramai ahli keluarganya.
Tetapi, apabila tiba waktu solat semuanya solat secara berasingan di bilik masing-masing. Tidakkah terasa rugi? kerana, selain fadhilat-fadhilat solat berjemaah di atas, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim  serta menambahkan kasih sayang dalam keluarga.. Tidak percaya, cubalah.. Anda yang harus memulakannya jika tiada siapa yang memulakannya..InsyaAllah keluarga bertambah bahagia jika mengamalkan syariat Islam dengan sempurna bersama-sama~ Semoga sentiasa berada dalam keredhaan Allah..

Thursday, March 3, 2011

macam mana nak jadi baik?

Winter days in Glasgow, Scotland 2002
                                      
" Macam mana nak jadi baik?" tanya Minn Edina kepada Jasmin, dalam salah satu buku hlovate.
 "urm...pengislahan diri?"
 "pengislahan tu apa?" tanya Minn lagi.
 " Islah tu maksud dia secara kasarnya 'baiki', so pengislahan tu akan jadi 'pembaikan' la.
   dan dalam hal ni kita kena define 'baik' tu dulu."
 "so, apa definition of 'baik' tu?"
 "definition of 'baik' tu mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah itu 'baik'.
 - iaitu apabila kita buat apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang, amar makruf nahi mungkar.
  tapi selagi ada benda yang kita belum settle, kira tak cukup 'baik' lagi. surah al-Baqarah, ayat 208. "Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sungguh ia musuh yang nyata bagimu".
 -masuklah islam secara total, kalau untuk muslimah macam kita ni, nak contoh mudah kita ambil isu aurat la.
  ada orang kata biar la tak pakai tudung pun, janji solat cukup 5 waktu sehari semalam. Sebab ada je orang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan, buat maksiat. Kebanyakan orang salah faham kat sini la"
"Sebab anggap Islam tu cukup je sekadar dengan solat?" Minn minta kepastian
Jasmin mengangguk."Betul, solat tu tiang agama. Tapi islam tu bukan hanya tertegak pada solat je. Apabila Allah sebut dalam ayat 'masuklah ke dalam Islam secara kesuluruhan' tu, maksudnya memang kena settle daripada segala benda la.solat, aurat, muamalat...."
"oh, kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi..."Minn membuat kesimpulan
"dan kalau pakai tudung tapi tak solat pun tak cukup baik lagi..." sambung Jasmin. "Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun tak kira cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik? Macam mana kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai nampak bayang batang leher,nampak anak rambut. tak  jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu."
  " it's not about buat balik dulu or pakai tudung dulu. It's about masuk ke dalam Islam secara total,then THAT is 'baik'."  

"hmm.."Minn melepas nafas perlahan dengan senyum tawar."tapi tu la, definisi 'baik' di Malaysia, lain. sebab definisi tu dibentuk oleh masyarakat keliling. Biasanya kita kat Malaysia akan label baik tu apabila... say.. a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stoking siap. That's 'baik' for Malaysian standard. Kira cukup baik la tu. Alim,  kata orang kita.
Tapi kena tengok balik. Pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tak? kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke lounge, pergi cinema, pergi concert, adakah boleh bawak lesen 'baik' tu lagi?
Minn mula faham maksud 'baik' itu..

INI adalah sedikit perbualan antara muslimat,yang saya ambil dari novel VERSUS, hlovate.i like it, that's why i retype it in here.Discussion dia orang tu mase di Australia.Biasanya orang mula menghargai kemuliaan Islam apabila berada dalam golongan minoriti masyarakat Islam. wallahu'alam.